PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

Pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan Perniagaan (Diploma) menyediakan mereka untuk memegang jawatan sebagai penolong pengurus di dalam organisasi perniagaan. Latihan yang diberikan merangkumi kemahiran dan pengetahuan am dan asas dalam pelbagai aspek teori dan amali bidang pengurusan yang diperlukan bagi mengurus dan mengendalikan sebuah perniagaan.

Pengurusan perniagaan juga menerapkan pengetahuan ilmu perniagaan yang mantap dalam selok-belok pengurusan, serta aspek ekonomi, kewangan, perundangan dan pemasaran dalam mengendalikan sebuah firma perniagaan yang moden. Pembelajaran yang diberikan menerapkan aspek amali dalam pengurusan perniagaan supaya pelajar dapat menghayati keadaan dan suasana sebenar dalam mengurus sebuah perniagaan. Ia bertujuan melahirkan graduan yang bakal berjaya sebagai seorang pengurus ataupun seorang usahawan.

Dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan ini, terdapat 2 kursus yang di jalankan iaitu Sistem Maklumat atau lebih dikenali sebagai Pengurusan Pejabat dan Sistem Komputer.

SISTEM MAKLUMAT / PENGURUSAN PEJABAT

Dalam bidang ini, pelajar akan diterapkan dengan pembelajaran dan amali bagi pengurusan pejabat seperti sistem pemfailan, selok belok pengurusan dan sebagainya. Perjalanan kursus ini adalah seperti berikut: 

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 - (6 Bulan)

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 - (12 Bulan)

Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 - (15 Bulan)

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap 5 - (18 Bulan)

      

 

SISTEM KOMPUTER

Dalam bidang ini, pelajar akan diterapkan dengan pembelajaran dan amali bagi pengurusan rangkaian, pembelian peralatan komputer, penyelenggara komputer dan menguruskan sistem dan rekod perniagaan. Perjalanan kursus ini adalah seperti berikut: 

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 - (12 Bulan)

Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 - (15 Bulan)

 Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap 5 - (18 Bulan)