TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Teknologi merupakan satu konsep yang luas antaranya pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills, bidang teknologi dan kejuruteraan di jalankan di Kampus Karak. Terdapat 3 Kursus yang di jalankan di Kampus Karak iaitu Kursus Mekanik Kenderaan Motor atau lebih dikenali sebagai Automotif, Kimpalan dan PenyejukBekuan dan Penghawa DIngin (Aircond) manakala 1 Kursus di jalankan di Kuantan iaitu Kursus Elektrikal.

 

MEKANIK KENDERAAN MOTOR (AUTOMOTIF)

Kursus ini berkaitan dengan kenderaan bermotor seperti kereta, van, lori dan motorsikal. Pelajar akan mempunyai pengetahuan berkenaan dengan kenderaan yang bermotor seperti menukar minyak hitam kenderaan, membaikpulih kenderaan dan sebagainya. Perjalanan kursus ini adalah seperti berikut:

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 - (12 Bulan)

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 - (12 Bulan)

Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 - (15 Bulan)

    

 

KIMPALAN

Kursus ini berkaitan dengan kimpalan arca. Pelajar akan mempunyai pengetahuan mengenai kimpalan arca dan juga keselamatan semasa melakukan teknik kimpalan. Perjalanan kursus ini adalah seperti berikut:

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 - (18 Bulan)

     

 

PENYEJUKBEKUAN DAN PENGHAWA DINGIN (AIRCOND)

Kursus ini berkaitan dengan PenyejukBekuan dan Penghawa DIngin di mana pelajar berpengetahuan membaiki aircond, menyelenggara aircond dan sebagainya. Perjalanan kursus ini adalah seperti berikut:

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 - (6 Bulan)

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 - (12 Bulan)

    

 

ELEKTRIKAL

Kursus ini berkaitan dengan penyelenggaraan dan pendawaian elektrik. Perjalanan kursus ini adalah seperti berikut:

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 - (12 Bulan)

 

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 - (12 Bulan)