+609-567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang

Skills of Life Starts Here

Latar Belakang Kolej

Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYP AS) merupakan pusat latihan kemahiran milik penuh Kolej Universiti Yayasan Pahang yang telah ditubuhkan pada sejak 1992. KYP Advanced Skills menawarkn pelbagai kursus kemahiran berdasarkan keperluan industri. Misi penubuhan KYP Advanced Skills adalah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan dan pusat kemahiran terbaik di Malaysia yang mampu melahirkan graduan cemerlang dan terbilang dalam bidang akademik, tinggi tahap kemahirannya serta sempurna perwatakannya.


Transformasi

Bermula pada 1992 dan dikenali sebagai Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) sehinggalah pada bulan Januari 2016, penjenamaan sebagai Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills adalah merupakan satu pelan strategik dan pemacu kepada usaha KYP Advanced Skills untuk menjadi sebuah organisasi yang dinamik, memiliki modal insan yang kompeten, menghasilkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi ekspektasi pengguna seterusnya bersama kerjaan dalam menajayakan agaenda transformasi negara.


Mengapa KYP Advanced Skills terlalu istimewa?

Sejak penubuhannya, KYP AS telah mengamalkan pendekatan yang inovatif dalam pendidikan tinggi. Antara pendekatan yang penting adalah penyimpangan daripada sistem fakulti yang lazimnya diamalkan dalam organisasi akademik lain. Sebaliknya, KYP AS telah melaksanakan sistem pusat pengajian yang lebih meluas. Melalui sistem ini, subjek yang berkaitan dikelompokkan ke dalam rancangan pengajian dan di setiap pusat pengajian, pelbagai kursus dan subjek disusun untuk membolehkan pelajar menerima ijazah yang khusus dalam subjek tertentu.

Pada permulaan, KYP AS telah diberi mandat untuk menyediakan, menggalakkan dan membangunkan pengajian tinggi dalam bidang Sains Tulen, Sains Gunaan, Sains Perubatan dan Kesihatan, Sains Farmasi, Sains & Teknologi Bangunan, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, dan Ilmu Pendidikan, di samping menyediakan penyelidikan dan pemajuan ilmu serta menyebarluaskan ilmu tersebut dalam bidang-bidang pengajian ini.

Sebagai satu daripada empat Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf sebagai Universiti Berintensifkan Penyelidikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, KYP AS turut menawarkan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada pelajar dan staf. Satu daripada elemen utama dalam pembangunan kecemerlangan akademik di KYP AS adalah penubuhan pusat dan unit penyelidikan. Hal ini selaras dengan hakikat bahawa universiti sememangnya sedar akan keperluan bidang penyelidikan dan pendidikan yang harus sentiasa terbuka terhadap permintaan masyarakat. Melalui penubuhan pusat dan unit ini, akan membuka peluang yang lebih baik ke arah penyepaduan dan pembentukan jaringan.

Sebagai tambahan, KYP AS turut menwarkan perkhidmatan perundingan, pengujian dan penasihatan kepada industri. Kesemua perkhidmatan ini tergolong di bawah kelolaan IASC Holdings Sdn. Bhd, iaitu bahagian komersial KYP AS.

26

YEARS OF HISTORY

2

CAMPUSES

10,000

STUDENTS ENROLLED

180

STAFFS AND TEACHERS

KYP AS Asian Culinary Challenge

Penganjuran Asian Culinary Challenge peringkat kebangsaan / antarabangsa.

Tahniah UCYP

Tahniah di atas penaiktarafan sebagai Kolej Universiti Yayasan Pahang.