Pinjaman Pendidikan

Pinjaman Pendidikan

Pinjaman Yayasan Pahang (YP)

1. Anak Negeri Pahang Darul makmur seperti takrif berikut:-

a) Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur, ATAU
b) Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur mesti mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik oleh Yayasan Pahang / Pegwai Daerah / Penghulu Mukim bagi setiap yang lahir di luar Pahang.
c)Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.

2. Telah mendapat tempat/tawaran belajar di Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang.

3. Mempunyai sahsiah diri yang baik, memiliki personaliti yang unggul dan taraf kesihatan yang baik.

4. Pemohon / ibubapa/adik beradik tiada dalam senarai hitam peminjam Yayasan Pahang.

Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

1. Pemohon hendaklah :

a) Warganegara Malaysia.
b) Kelayakan umur bagi pemohon sepenuh masa ialah berumur antara 15 hingga 45 tahun bagi tahap kemahiran 1 hingga 5.
c) Pemohon perlu mengikuti kursus Sijil kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma kemahiran Malaysia (DKM) secara sepenuh masa.
d) Pemohon yang memohon pinjaman hendaklah bukan terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) lain.
e) Pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.

2. Tidak mendapat mana-mana tajaan daripada agensi kerajaan atau institut kewangan yang lain.
3. Bidang / kursus kemahiran hendaklah diluluskan oleh PTPK.
4. Sekiranya pemohon ada membuat pinjaman dengan PTPK, sila isi borang penangguhan bayaran balik.