Sijil Pengajar Vokasional (VTO)

Objektif Kursus

Program latihan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 dan kriteria menjadi PP/PPD iaitu : “Memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang diiktiraf oleh JPK/MLVK”

Rangka Pembelajaran Latihan

Menggunapakai NOSS Vocational Training Operation (I-031-3:2014) sebagai garis panduan asas.
Pelaksanaan kursus adalah 3 bulan teori (metodologi) dan 6 bulan latihan industri.
Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Pengajar Vokasional (VTO) (SKM Tahap 3) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Jangka Masa Latihan

9 Bulan

Kelayakan Masuk

Warganegara Malaysia berumur 20 - 35 tahun.
Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas);dan
Mempunyai salah satu dari kelayakan berikut:

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5; atau
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4; atau
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3; atau
Sijil daripada Suruhanjaya Tenaga dalam NOSS berkaitan; atau
Ijazah daripada Universiti Awam & Institusi Pengajian Tinggi Swasta; atau
Diploma daripada Universiti Awam/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta/ Institusi Latihan Kemahiran Awam/ Institusi Latihan Kemahiran Swasta; atau
Sijil daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta/ Institusi Latihan Kemahiran Awam (sekurang-kurangnya 2 tahun tempoh pengajian dalam bidang berkaitan dengan NOSS dan mengikut keperluan Pusat Bertauliah)